Friday, May 27, 2011



Assalamualaikum.

Over the past two months, aku dah belajar bermacam-macam ilmu mengenai photography. baik dari segi technical, composition, hinggalah ke photo editing. Aku pun ada juga keluar shooting di pelbagai area. Tapi baru aku tahu, bukan senang nak dapatkan stunning pictures ni. Dari beratus-ratus gambar yang telah berjaya di snap, hanya beberapa sahaja yang boleh dipakai, tu pun nasib la kalau boleh diselamatkan lagi time post processing tu. Sekarang baru aku tahu, betapa kagumnya aku kat otai-otai photo yang berjaya capture very stunning pictures out there. Macam mana la diorang boleh capture gambar-gambar yang sangat cantik tu ye...

Aku sedar, memandangkan aku ni baru hanya dua bulan main-main dgn photo ni, mungkin ilmu dan pengalaman tu masih sangat tidak mencukupi lagi. I guess its okay to be where i am right now, huhu.. takpe aku baru setahun jagung lagi. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan perlu dipraktikkan. One thing that i do realize, makin ramai di luar sana yang berkecimpung dalam bidang photography ni. Nampak gayanya, aku kena berusaha lebih bersungguh-sungguh supaya tak ketinggalan di belakang. Bukan apa, nak ada persaingan yang sihat juga, kalau tak, kurang semangat nak belajar rajin-rajin ni. hehe

A picture that I took long long time ago, di zaman bujang menganggur, menggunakan kamera compact. Walau taklah se stunning mane, tapi aku sukeee! sebab bukan senang nak ada opportunity amik gambar strange fenomena macam ni.







Thursday, April 7, 2011

UIA

Assalamualaikum.

My first photo outing during 'Exploring DSLR Photography and Art of Seeing' Workshop. Got Some photos worth sharing i guess.. better something than nothing :)








Long Forgotten Hobby

Assalamualaikum.

Yay baru buka satu lagi blog khas untuk foto-foto cantik yang bakal saya ambil. hehe.. Ye takde lagi gambar-gambar cantik yang telah diambil sebab baru nak bekecimpung dalam dunia fotografi ni. Dah  agak lama minat dan suka ambik gambar ni tapi disebabkan oleh kekangan wang, sampai sekarang baru mampu nak miliki sebiji DSLR.. ahh bestnya akhirnya cita-citaku tercapai. Terima kasih kepada suamiku yg tersayang kerana telah menghadiahkan sebiji Nikon D90 sempena hari jadiku bulan lalu :))

Hobi fotografi ni bukannya hobi kos murah. Kemain lagi harga gadget-gadgetnya. Jadi bila dah punyai barang-barang foto ni kena la hargainya dengan sepenuh hati. Sebab ada ramai di luar sana yang minat sangat pada fotografi ni tapi tidak berkemampuan nak miliki satu kamera yang canggih. Saya bersyukur yang amat  pada Allah SWT sebab diberi rezeki untuk buat apa yang saya suka di dunia ni. Saya berharap agar hobi saya ini tidak berhenti di tengah jalan.

Tujuan saya buka foto blog ni adalah terutamanya nak keep track dengan tahap pencapaian dan peningkatan saya dalam mengambil gambar ni. Tak nak la takat keluar dan snap gambar je, pastu simpan dalam drive.  I want to see some improvement. Jadi mungkin jika dipantau dengan baik, saya dapat menilai prestasi saya dengan lebih jelas dan meningkatkan kualiti gambar yg diambil. Disamping itu dapat juga dikongsi dengan sesiapa yang sudi melihatnya.. :)

Saya faham gambar-gambar saya ni tak sehebat  gambar photographer-photographer di luar sana. Almaklumlah, baru menceburkan diri dalam bidang ni kan, banyak sangat lagi yg perlu dipelajari. Semoga saya memberi ruang untuk diri saya untuk meningkatkan prestasi ok. Mari kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..