Thursday, April 7, 2011

UIA

Assalamualaikum.

My first photo outing during 'Exploring DSLR Photography and Art of Seeing' Workshop. Got Some photos worth sharing i guess.. better something than nothing :)








Long Forgotten Hobby

Assalamualaikum.

Yay baru buka satu lagi blog khas untuk foto-foto cantik yang bakal saya ambil. hehe.. Ye takde lagi gambar-gambar cantik yang telah diambil sebab baru nak bekecimpung dalam dunia fotografi ni. Dah  agak lama minat dan suka ambik gambar ni tapi disebabkan oleh kekangan wang, sampai sekarang baru mampu nak miliki sebiji DSLR.. ahh bestnya akhirnya cita-citaku tercapai. Terima kasih kepada suamiku yg tersayang kerana telah menghadiahkan sebiji Nikon D90 sempena hari jadiku bulan lalu :))

Hobi fotografi ni bukannya hobi kos murah. Kemain lagi harga gadget-gadgetnya. Jadi bila dah punyai barang-barang foto ni kena la hargainya dengan sepenuh hati. Sebab ada ramai di luar sana yang minat sangat pada fotografi ni tapi tidak berkemampuan nak miliki satu kamera yang canggih. Saya bersyukur yang amat  pada Allah SWT sebab diberi rezeki untuk buat apa yang saya suka di dunia ni. Saya berharap agar hobi saya ini tidak berhenti di tengah jalan.

Tujuan saya buka foto blog ni adalah terutamanya nak keep track dengan tahap pencapaian dan peningkatan saya dalam mengambil gambar ni. Tak nak la takat keluar dan snap gambar je, pastu simpan dalam drive.  I want to see some improvement. Jadi mungkin jika dipantau dengan baik, saya dapat menilai prestasi saya dengan lebih jelas dan meningkatkan kualiti gambar yg diambil. Disamping itu dapat juga dikongsi dengan sesiapa yang sudi melihatnya.. :)

Saya faham gambar-gambar saya ni tak sehebat  gambar photographer-photographer di luar sana. Almaklumlah, baru menceburkan diri dalam bidang ni kan, banyak sangat lagi yg perlu dipelajari. Semoga saya memberi ruang untuk diri saya untuk meningkatkan prestasi ok. Mari kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..